Rabu, 29 Ogos 2012

Malaysia akan tenggelam jika...

Peta di atas menunjukkan semenanjung Malaysia akan tenggelam sekiranya paras air laut terus meningkat akibat daripada pemanasan global yang berpunca daripada kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon yang berterusan. Apa tindakan yang wajar anda ambil sebagai warganegara Malaysia yang cintakan negara anda?

Kegiatan Pembalakan

Kegiatan pembalakan banyak memberi impak negatif dan impak positif kepada alam sekitar dan kepada manusia
 kesan kegiatan pembalakan kepada alam sekitar:
1. kepupusan flora
2. kepupusan fauna
3. keseimbangan ekosistem terjejas
4. suhu meningkat
5. oksigen berkurangan
6. karbon dioksida bertambah
7. hakisan tanih
8. tanah runtuh
9. kawasan tadahan air terjejas
10. kawasan hutan semakin sempit
11.  Kelajuan angin bertambah

Kesan kegiatan pembalakan terhadap manusia:
1. peluang pekerjaan
2. pendapatan negara
3. pembukaan kawasan petempatan baru
4. pembukaan jalan baru
5. mewujudkan industri sampingan
6. membekalkan bahan mentah industri perabut, papan dan kertas
7. kejadian tanah runtuh membahayakan nyawa manusia
8. pembakaran hutan menyebabkan jerebu - mewujudkan masalah kesihatan

Selasa, 28 Ogos 2012

Demam Peperiksaan

Sekali lagi musim peperiksaan bakal menjengah calon UPSR, PMR dan SPM. Pelbagai persediaan dilakukan oleh pelajar, guru dan ibu bapa demi kecemerlangan anak-anak mereka. Harapan ibu bapa anaknya cemerlang. harapan guru keputusan pelajar dan kedudukan sekolahnya cemerlang. harapan pelajar juga semestinya cemerlang. oleh itu pelbagai program dirangka bersama dengan kerjasama semua pihak demi kecemerlangan anak bangsa kita semua. Berusahalah dengan apa jua cara yang penting cara itu berkat dan berkesan.